Saturday, 31 March 2012

Masalah operator tidak berpermit di kawasan jeti Kuala Perlis

Pada 10 Mac 2011, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah mengeluarkan permit kebenaran kepada individu yang dikenali sebagai operator untuk menjalankan operasi mereka secara sah di kawasan jeti Kuala Perlis. Operator itu yang beroperasi menggunakan motosikal, kini perlu memakai jaket keselamatan yang tertera MPKPs dan nombor siri bagi membolehkannya beroperasi, sekali gus jaket itu tidak boleh ditukar milik kerana nama mereka telah didaftarkan.

Pada 4 Dis 2011, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mendapati ada pelancong ke Pulau Langkawi tidak selesa dengan perbuatan pekerja tempat letak kereta yang mengejar kenderaan dengan motosikal bagi mendapatkan pelanggan supaya menggunakan khidmat tempat letak kereta yang mereka sediakan.

Kedua-dua berita tersebut telah menunjukkan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) kurang sensitive semasa menyelesaikan masalah operator tidak berpermit. Walaupun operasi mengeluarkan permit kebenaran sudah dijalankan selama 6 bulan, masalah ini tidak bertambah baik malah menjadi semakin kronik.

Seorang pengunjung yang pernah ditipu telah melepaskan perasaannya melalui blog. Dia gara-gara terasa ditipu oleh operator pengendali parking di Kuala Perlis dan pengendali kereta sewa di pangkalan Kuah. Operator pengendali parking itu memakai jaket keselamatan hijau bernombor dan tentera MPKP yang dipercayai palsu. Meraka menunggu mangsa di persimpangan jalan menuju Pangkalan Jeti Kuala Perlis dan mengekori kereta mangsa sehingga ke tempat letak kereta. Selepas menetapkan harga bagi meletak kereta tanpa berbumbung, mereka menjerat mangsa dengan tawaran sewaan kereta, penginapan dan pakej lawatan ke pulau-pulau. Mereka meminta deposit yang tinggi untuk sewaan kereta tetapi memberi kereta yang buruk. Ada juga kes yang meletakkan kereta ‘double parking’ menyebabkan pemilik kereta menghadapi masalah mengeluarkan kereta. 

 


 

Masalah operator haram juga menyusahkan penduduk di sekeliling. Majlis Perbandaran Kangar (MPK) diminta bertindak tegas ke atas pihak tertentu yang didakwa mengutip bayaran secara haram daripada orang ramai yang menggunakan tempat letak kereta awam di kawasan terminal feri di sini. Malah pihak terbabit didakwa meletak kon di petak-petak letak kereta tersebut sebagai tanda petak tersebut sebagai "milik" mereka. Orang ramai yang ingin meletakkan kereta di tempat tersebut pula dikenakan bayaran dengan jumlah tertentu.

Akhir kata, masalah tersebut tidak sepatutnya berlaku jika MPK mengambil tindakan tegas sejak dari awal terhadap kegiatan haram tersebut. MPK  sepatutnya menyediakan kawasan letak kereta awam dengan lebih banyak kawasan terminal feri untuk kemudahan pelancong. Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak tertentu yang mengutip bayaran secara haram di kawasan meletak kereta awam.  MPK perlu sentiasa memantau aktiviti dan operasi operator.